Saya cuba kongsikan intipati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamerey Abdul Razak semalam yang bertajuk Penyakit-penyakit Ikhlas dan Rawatannya. Namun, terlebih dahulu, maaf dipohon sekiranya ada kekhilafan dalam catitan saya nih. Maklumlah, dengan keterbatasan ilmu & kedhaifan diri sendiri yang mudah lupa dan kurang fokus.. Dengan 'entry' ni sebenarnya lebih untuk saya rekod dan berkongsi apa2 ceramah yang didengar agar tidak sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan...
Btw, I'll write based on points that I managed to remember with the help of my notes. These might not be the exact words from the Ustaz and I might jump from one point to another. Aasifah...
Dari ceramah semalam, saya sangat terkesan dengan perumpamaan "Mengendong seguni pasir di padang pasir". Cuba bayangkan padang pasir dibawah ini, dimana seorang itu membawa seguni pasir, bermanfaatkah pasir2 ittew. (wah ni bahasa budak2 muda sekarang..) Tentulah sama sekali tidak kan.. Itulah perumpamaan kepada amalan orang yang tidak ikhlas... ianya tiada nilai disisi Allah SWT.
Setiap amalan manusia bergantung atas niat dan keikhlasan kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Imran Ayat 29:
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Say: "Whether you hide what is in you hearts or manifest it, Allah knows it, and He knows whatever in the heavens and whatever is in the earth, and Allah has power over all things.
Ikhlas juga adalah antara kurnia Allah SWT kepada hambanya. Setiap perbuatan dan amalan yang baik kerana Allah, Inshaa Allah akan mendapat pahala ibadat. Nevertheless, untuk beramal ibadat kita hendaklah berilmu. Sebagai contoh oleh ustaz, It could be tidur orang yang soleh dan berilmu lebih baik daripada zikir orang jahil. Orang soleh tidur, jika diniatkan kerana Allah SWT (contoh, dia berniat dengan tidur agar sihat tubuh badan dan mudah beribadat kepada Allah SWT) jika dibandingkan dengan yang berzikir tetapi tidak tahu dan faham butir-butir yang dizikirkannya. Wallahuallam.
Allah SWT tidak memandang akan jasad & luaran seseorang dan apa yang dinilai adalah hatinya. Hati seseorang yang ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah sekelian alam.
Sebagai contoh, nilai keikhlasan dalam sedekah. Ustaz bercerita bagaimana semasa dana diperlukan untuk membantu saudara sesama islam yang tertindas, seorang hamba Allah di Qatar ni mendermakan kereta hadiah perkhawinannya yang belum sempat dirasmikan lagi. Amat tersentuh bila diceritakan bagaiman seorang hamba Allah yang lain (saya tak pastilah ustaz cerita era bila sebab dia cakap di Qatar dulu2, could be 80an-90an), membawa 2 ekor ayam untuk didermakan. kerana itulah sahaja harta yang dia ada. Tak terbayang adakah saya akan sepemurah dia jika ditempatnya?? Ustaz ada menyentuh isu derma pakaian terpakai untuk mangsa tsunami di Acheh beberapa tahun lalu, di mana banyak yang perlu ditapis dan dibuang kerana ada antaranya yang sudah tidak layak lagi untuk dipakai.
Nabi pernah bersabda bahawa sedekah yang paling baik adalah dengan memberi harta benda yang kita sayang.
Tipu daya syaitan sangat halus, selalu berbisik ke hati manusia agar terpesong dari jalan yag lurus. Begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan, dipesongkan niat ikhlas dan memungkinkan amalan kita bagaikan debu2 yang berterbangan, nauzubillah.
Bagaimana untuk mengenal penyakit2 ikhlas?
Penyakit2 Ikhlas:
1. Riak
2. Takabbur
3. Sum'ah
4. Ujub
1. Ciri2 orang riak:
- malas ketika bersendirian namun rajin di depan orang.
- rajin bila dipuji dan berkurangan amalan apabila kurang pujian.
- melakukan amalan untuk dilihat oleh manusia atau meninggalkan amalan kerana manusia. (contoh, ke masjid untuk dipuji atau tidak mahu ke masjid takut dikatakan menunjuk)
2. Ciri2 Takabbur
- selalu bangga diri
- bersifat angkuh dan sombong
- merasa sakit hati bila ada yang menyaingi
- merasa senang hati apabila mendengar kejatuhan orang lain
- selalu ingin dipuji
- suka memotong cakap orang lain
3. Ciri2 Sum'ah
- membuat sesuatu secara diam-diam tetapi kemudian mengkhabarkan kepada orang
- Bercerita kepada orang tentang amalan-amalannya agar dikagumi
4. Ciri2 Ujub
- Orang yang kagum dengan dirinya (adakah sama dengan obsess & perasan??)
Contoh:
Orang yang cantik kagum dengan kecantikannya
Pendakwah kagum dengan dakwahnya
Dermawan kagum dengan dengan harta pemberiannya
The list goes on...
Antara rawatan-rawatan untuk ikhlas kepada Allah SWT:
- Merasa takut dan malu kepada Allah
- Sentiasa perbetulkan niat, untuk Allah, untuk mendapat redha dan pahalaNya.
- Sentasa merasa bimbang pahala tidak diterima Allah
- Melakukan amalan secara ikhlas walaupun di depan orang. Kemungkinan amalannya dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan. Setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain hasil contoh dari kita, inshaa Allah akan mendapat pahala berterusan selagi orang itu mengamalkan kebaikan.
- Menyembunyikan amalan. i.e. perbanyakkan amalan baik secara rahsia
- Sentiasa menuntut ilmu
- Perbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami terjemahannya.
- Sentiasa bermujahadah menentang nafsu dan sifat buruk.
Kebaikan ikhlas:
- mendapat nikmat dan ganjaran dari Allah SWT.
- dengan ikhlas, hati kita lebih tenang dan berpandangan positif
- dapat menjaga hati agar tidak terlalu sensitif dengan kritikan manusia
- agar terselamat dari tipu daya syaitan.
Inilah antara points that I manage to jot down. Saya hanya panjangkan dari ceramah yang berbahagia ustaz, jazakallahukhairan. Semoga bermanfaat.
personal notes:
Sepanjang ceramah semalam, Akid duduk di barisan hadapan yang hadir. Tak pastilah dia faham ke tidak isi ceramah ni, walaupun suami usik dia nampak macam mengantuk je. Saya cuma titipkan doa dalam hati agar Akid dan anak2 yang hadir di majlis ilmu semalam menjadi anak2 yang soleh dan solehah, ameen.
0 comments:
Post a Comment