Wednesday 27 March 2013

Fav recipe: Butter lemon salmon


I prepared this for lunch, today. The credit goes to dapurdriyadh.blogspot.com for this simple yet yummy recipe. The original recipe was using dory fish, but I cooked salmon instead and adjusted the amount of ingredients accordingly.



Ingredients:
6 pieces of salmon
1 tbs of minced garlic
2 teaspoon of salt
1 tbs of olive oil

For sauce:
3-4 tbs of butter
2 teaspoon of minced garlic
1 lemon (squashed for juice)
a bit of salt (for unsalted butter)

Veggies to boil:
Broccoli
carrot

Optional: (not in the original recipe)
Salad
Tomatoes
capsicum
pepper
*mint leaves or parsley 


Methods:

1. Marinate the salmon with minced garlic and salt. Set aside for 30 minutes.

2. Saute garlic in butter and add lemon juice, a bit of salt and pepper. Set aside.

3. Fry salmon on the medium heat, using a small amount of olive oil for about 4-5 mins of each side (or till golden). Drizzle with 1/3 lemon butter juice.

4. Transfer salmon to the serving dish and pour the remaining lemon butter juice all over it. 

Serve with boiled veggies and salads. (Yeayy!!!)


*Optional: 
-I sprinkled chopped mint leaves in the sauce for minty taste. 
-Untuk tekak Melayu, boleh dijadikan lauk dengan nasi putih / nasi goreng cina.
-Untuk fefeeling mat saleh, boleh dimakan dengan kentang ;)



Saturday 23 March 2013

Jalan-jalan ke Krabi - Part 4



Sambungan dari bahagian 3..

Aktiviti kami pada hari ketiga tertumpu kepada meneroka keindahan alam semulajadi hutan simpan dan jeram di Krabi. Subhanallah, kecantikan alam ciptaan Maha Pencipta...

Kami suka aktiviti 'jungle trekking' ni, selain tenang menikmati kehijauan alam, ianya juga lebih kepada sessi mengeluarkan peluh. Secara psikologi mengurangkan rasa bersalah kami yang telah terlebih makan sepanjang berada di Ao Nang hehee ;p

Jomlah layan gambar ;)

Destinasi pertama kami adalah ke kolam air panas, di mana perjalanan dengan van mengambil masa 45min - 1jam dari Ao Nang.

Ini laluan untuk ke hot spring, tidak berapa jauh dari pintu masuk.

Ramai yang datang ke sini mengambil peluang untuk berendam.

Airnya suam-suam saja, lebih kurang 35-40 darjah C, sesuai untuk berendam samada seluruh badan ataupun hanya merendam kaki macam kami yang malas untuk berbasah-basahan ;p 

Tidak jauh dari hot spring, kami menaiki van ke Emerald pool di Khao Phra Bang Khram Nature Reserve.

Ini laluan ke Emerald pool, lebih kurang 800m dari tempat masuk / parking. Cuaca pada hari itu agak redup dan rasa sungguh nyaman berjalan dalam cuaca yang tidak terlalu panas, tambah-tambah lagi di dalam ketenangan suasana hijau sambil ditemani kicauan unggas.

Di bawah ni gambar Emerald pool. Sesuai dengan namanya, hijau airnya seakan kilauan batu zamrud dibawah sinaran matahari. Cantikkan? Air disini berpunca dari mata air, dingin dan jernih.

Anak sedang menyejukkan badan di dalam kolam. Lantai kolam ni agak licin kerana dipenuhi lumut. Kepada sesiapa yang tidak mahir berenang, harus berhati-hati!

Airnya sangat jernih, sehingga jelas kelihatan ikan yang berenang-renang  didalamnya.

Selepas berehat-rehat di situ, kami kemudian ke bandar Krabi untuk makan tengahari.

Selepas menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke Vipassana Centre, yang terkenal dengan 'Tiger Cave Temple'. Namun,  kami tidaklah begitu tertarik dengan gua harimau itu, kerana ada gua yang cantik dengan 'natural stalactite & stalagmite' di dalam hutan simpan di situ.

Ini Vipassana Centre tempat tinggal dan meditasi spritual sami Budha. 

Ini 'Tiger Cave Temple', antara gua-gua yang dijadikan kuil Budha.

Ini tangga untuk naik ke puncak bukit. Ada 1237 anak tangga untuk naik ke atas, namun tidaklah kami larat untuk mendaki hehee.. sekadar ambil gambar sahaja ;p


Kami hanya mampu mendaki tangga dalam gambar di bawah ini sahaja. Ini dakian anak tangga untuk ke hutan simpan yang terdapatnya empat buah gua dan juga pokok besar, usia ratusan tahun. Itupun tercungap-cungap jugaklah huhu ;p

Ini peta hutan simpan.

Gambar di bawah ni adalah antara rumah-rumah sami di pinggir bukit dan dicelah-celah gua. Saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang kehidupan sami Thai di sini. Tapi secara umumnya, memperlihatkan kehidupan mereka yang agak 'terasing' dengan masyarakat setempat. Jauh berbeza dengan kehidupan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW. Baginda sendiri menjalani kehidupan harian, berdakwah, bekerja, berkahwin, mempunyai zuriat dan bergaul dengan masyarakat. Dalam menyampaikan mesej Allah SWT dan mendidik masyarakat, baginda menjalani kehidupan normal, menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Betapa, Islam itu indah!

Ini 'picture collage' sekitar hutan simpan. Di bawah ni gambar 'big tree' yang sudah hidup beratus tahun.


Ini antara gua-gua yang terdapat pembentukan stalaktit dan stalakmit semulajadi yang cukup menarik.


Setelah bersiar-siar di hutan simpan, kami kemudiannya ke tempat pemeliharaan gajah untuk aktiviti terakhir hari itu. Agak 'cuak' jugaklah bila gajah terpaksa mengharung lecak, bimbang takut gajah tergolek jatuh dengan orang-orang yang menaikinya sekali. Namun dengan latihan bertahun keatas gajah-gajah ini dan kecekapan pemandunya, alhamdulillah kami selamat sahaja melalui denai hutan itu. Bukanlah hutan pun, ladang getah pinggir hutan jer kot ;p

Sebenarnya timbul rasa kesian terhadap gajah-gajah yang dikerah untuk 'entertain' kami bagi menghayati betapa sinonimnya gajah dengan masyarakat setempat suatu masa dulu. Suami berpendapat, walaupun cara yang digunakan untuk melatih gajah-gajah itu nampak kejam di mata saya, namun mungkin cara sebegitu yang digunapakai secara turun temurun untuk menjinakkan gajah, dari binatang liar di hutan yang boleh dipandu dan menjadi sebagai salah satu cara pengangkutan orang terdahulu.

Selepas itu, kami dihantar ke hotel masing-masing. Tempat menaiki gajah ini hanyalah 10 minit ke pekan Ao Nang.

Di sebelah malamnya selepas menjamu selera dan meronda-ronda sambil membeli buah tangan untuk keluarga, kami seterusnya melakukan urutan kaki refleksologi.

Akid tengah kontrol... cuba menahan sakit, maklumlah tak biasa buat sebelumnya. Kami dah pesan untuk perlahankan urutan untuk budak. Suami pula berborak2 dengan orang sebelah yang kebetulan dari Malaysia yang sudah beberapa kali berulang ke Krabi dengan keluarga.

Malam itu kami semua tidur nyenyak, alhamdulillah.


Hari-hari terakhir di Krabi... ;p

Keesokannya, kami membuat urutan tradisional di sini. Gambar makcik dibawah tu tukang urut saya, yang mengurut suami, tukang urut lelaki lah. Orang berumur ni memang berpengalaman, sedap dan berasalah dia urut. Berlainan dengan tempat urutan refleksologi yang kami pergi semalam. Kebanyakannya orang-orang muda, rasanya macam main tekan jer...



Penerbangan pulang ke KL pada sebelah petangnya. Kami 'check-out' dari hotel pada tengahari dan dihantar oleh TA ke lapangan terbang Krabi. 

Menunggu 'flight' ke KL.

Till then, au revoir Krabi... Panjang umur, murah rezeki dan kelapangan masa, insyallah ingin pergi lagi ;)

Thursday 14 March 2013

Jalan-jalan ke Krabi - Part 3


Pemandangan yang indah di Pulau Phi phi 

Aktiviti utama kami pada hari kedua di Krabi adalah 'island hopping' ke Pulau Phi phi. Sebenarnya ada pelbagai pakej yang ditawarkan, bagi yang 'first timer' macam kami ni, tiada pengalaman sendiri untuk perbandingan. Adalah 'google' dan baca 'review' sana sini, namun lain orang lain pendapat.. So, kami cuba pakej yang agak-agak paling menarik di mata kami pada masa tu, sambil 'dikipas-kipas' oleh 'travel agent' hehee.

Bercakap tentang Travel Agent (TA), kami mengambil TA yang pemandu 'airport taxi' singgah dalam perjalanan ke Ao Nang, sedangkan banyak lagi pilihan yang terdapat di pekan Ao Nang. Kalau berpeluang untuk ke sana lagi, we'll get another TA to the other islands... entah bila la kan ;p 

Among the 'top' packages for island hopping / snokerling activities:
-Phi phi Island
-4 Island hopping
-Hong Island

Bagaimanapun boleh juga dapatkan sendiri tiket bot seperti gambar di bawah ni. Ada jugak pelancong yang 'charter' bot dan 'deal' sendiri dengan pemandu bot berkenaan, ini antara pengalaman yang dikongsi mereka dalam Trip Advisor.

Ini contoh senarai harga untuk 'long tail boat'.



Ini pertama kali bersarapan dengan nasi paprid ;) Bukanlah jakun nasi paprid, cuma seingat saya tidak pernah makan di waktu pagi. Ini antara menu sarapan yang disediakan di hotel kami selain 'selection of western food and local fruits'. Boleh pujilah 'variety of breakfast' di sini :)


Ok, sekarang masuk bab Island Hopping ;)

Destinasi pertama kami adalah Maya Bay, teluk kecil yang cantik dan unik dengan tersergamnya bukit batu kapur di kiri kanannya. Masha Allah, splendid view! Namun dengan ramainya umat pelancong di teluk sekecil itu, hmm jadi malas untuk mandi manda... Kami cuma berjalan-jalan disekitarnya dan melepak di pasiran pantai putihnya sambil bergambar dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.



Destinasi seterusnya, bot berhenti berhampiran lagun untuk aktiviti snorkeling. Kami diberi masa setengah jam untuk ber'snorkeling'. Mula-mula memang teruja untuk snorkeling... Bagi saya, 'corals' di sini tidaklah secantik yang ada di pulau-pulau di Malaysia, namun keindahan dan kehijauan alam sekeliling sungguh mempersona.


Untuk snorkel di 'open sea', kita harus tenang dan cool ya.. Kalau tak, boleh jadi panik macam saya huhu. Naluri mak kan, sambil snorkeling sambil ingat anak. Saya naik awal sedikit untuk memantau Akid, budak tu ok jer berenang sana sini.. Di bawah ni gambar dia snorkeling, alhamdulillah skill berenangnya semakin baik.

Akid enjoyed snorkeling around
Selesai snorkeling, bot kami mula bergerak perlahan ke arah lagun yang seakan-akan dikepong oleh bukit-bukau.. Subhanallah, kedamaian di sini sungguh memukau.. hmm, macam rhymes pulak;)

According to our lady (tomboy look) tour guide, The Beach movie was once filmed here.. Gambar ni dia yang tolong tangkap, dia risau kamera saya jatuh ke dalam air.. Pemandu pelancong kami ni selamba sahaja berkomunikasi dalam 'English' cara dia lah. Dia 'address' pompuan2 Asian termasuk saya, Moi dan anak saya Boy. Kecoh jugakla bila dia panggil Moi, moi, moi... boi, boi, boi hehee. Dalam bot kami yang lebih kurang 20-25 orang, hanya Akid seorang sahaja budak.


Bot terus bergerak dan berhenti sekejap di Viking Cave. Menurut pemandu pelancong kami, gua ni pernah didiami oleh kaum Viking. Teringat pula tentang lawatan kami ke muzium Viking di Copenhagen beberapa tahun dulu. Suami pula tak habis-habis 'counter' balik statement tu, tak percaya yang orang Viking dari Scandinavia tu boleh belayar sejauh itu dan menetap di gua ni. Ini diluahkan pada saya jer lah, takkan nak berdebat dengan tour guide pulak hehee. Apa-apalah, otak saya masa tu macam tak boleh nak support mana2 side sebab diri sendiri dalam fasa cuti2 dan agak lambat nak process logik sejarah.. 


Di bawah ni, gambar yang diambil di muzium Viking. Inilah contoh bot kaum Viking;) Agak-agak berjaya tak merentasi samudera dan ber'tapa' di Viking cave di Krabi??


Selepas melintasi Viking Cave tu, bot kami terus ke Pulau Phi phi untuk makan tengahari dan berehat di situ. Makanan di Restoran muslim yang dibawa oleh TA kami tu, so-so sahajalah, tapi alhamdulillah, kenyang juga;). Selepas makan, kami mencari surau untuk solat. Waktu tengahari pada hari tersebut sungguh terik dan memancar-mancar, maka tidaklah kami rajin untuk berjemur di pantai... 

Pulau Phi phi di waktu panas terik

deretan kedai di Phi phi

Selepas berehat sekejap di pulau Phi phi, kami dibawa untuk snorkeling kali kedua. This time around, cuma snorkelers tegar sahaja masuk ke air, 'orang2 putih' termasuk Akid. Separuh dari kami menunggu di dalam bot dan melayan perasaan hehee...

Akid snorkeled for the 2nd time
Selepas semua snorkelers menaiki bot semula, kami dibawa ke destinasi terakhir iaitu Bamboo Island. Dalam perjalanan tu, bot cuma berhenti sekejap di Monkey Island untuk kami melihat pulau yang didiami oleh monyet. Macam tak pernah tengok monyet kan.. hahhaha. So, bila TA bercerita pakej ini pergi ke sana sini tu sebenarnya, macam penyedap resume sahaja;p By the way, obviously nama pulau ni kan, seolah-olah telah ditawan oleh monyet sebab tak nampak sesiapa di sini kecuali monyet dan keluarganya sahaja..

Monkey island, skodenglah ada monyet tak..
Then, sampailah ke destinasi terakhir. Cara tour guide announced, we'll go to Bamboo island and you can sleep there..  Kami rasa kelakar, seriously untuk tidur?? Ramai yang melepak, bersiar-siar, mandi manda dan memang ada pun yang tidur mungkin kepenatan dek island hopping. Di pulau dipenuhi rimbunan pokok dan sungguh redup, memang sesuai untuk melelapkan mata. Namun masa itulah kami bermandi-manda air laut...

Bamboo Island

Akhirnya, bot kami menuju balik ke Ao Nang meredah ombak dengan lajunya, melambung-lambung, 'overtaking the long tail boats', dalam hati berbisik nasib baik ambil bot laju, cepat sikit sampai.. Perjalanan sehala mengambil masa 40min - 1 jam jugaklah. Kami sampai di hotel sekitar 4 petang. Masih sempat kepada sesiapa yang ingin jamak solat dalam Asar.

Selepas berehat di bilik, petang-petang tu boleh lagi berenang di hotel pool. 

Matahari petang terlindung dibalik bukit

Father and son in the pool

Gambar di bawah ni diambil semasa menunggu TA untuk ke junggle trekking on the next day. Ada budak pengsan kepenatan sebab 'all out' berenang-renang di laut dan kolam ;p



Will be continued... (again? hehee..)

Sunday 10 March 2013

Muhasabah Diri

Ringkasan dari ceramah yang disampaikan oleh yang berbahagia Dato' Dr. Fatma Azzahra. 

Sebenarya, ceramah ni dah berlangsung 2 minggu lepas di mana beliau telah sudi meluangkan sedikit masa untuk bersama warga Doha di kesempatan beliau melawat keluarganya di sini. Alhamdulillah, banyak ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh berbahagia Dato', tak mungkin sama dengan yang ditulis, ceramah beliau seperti biasa sungguh 'lively' dan terkesan. (tapi manusia biasalah selalu alpa, kena sentiasa ingat mengingati..huhu) 

Tapi inshaa Allah, walaupun serba kekurangan, saya cuba ringkaskan isi ceramah beliau untuk ingatan kepada diri sendiri supaya sentiasa muhasabah diri dan semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya juga, inshaa Allah.

Mukadimah yang berbahagia Dato' Fatma sebelum isi ceramah, beliau menekankan kepentingan dan kemuliaan orang yang mencari ilmu. Antara kelebihan orang yang berada dalam majlis ilmu selain ditulis pahala kebajikan, termasuklah:
- didoakan para malaikat
- dipermudahkan urusan oleh Allah SWT
- memperolehi sakinah, iaitu ketenangan hati

Muhasabah Diri

Perkara-perkara yang boleh melalaikan manusia selain hasutan syaitan adalah nafsu diri sendiri dan juga dunia. Penting bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah diri.

Dalam kehidupan seorang mukmin, perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT dan juga dengan manusia. (Hablum minallah dan hablum minannas) Perlu kedua-duanya sekali. Tiada makna jika hanya jaga hubungan dengan Allah dan berbuat jahat dengan manusia, ataupun baik dengan manusia tetapi meninggalkan suruhan Allah SWT. Kedua-duanya harus seiring.

Yang paling utama dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT

Menjaga Solat
Orang yang paling berjaya dalam hidup adalah orang yang solat dengan khusyuk. (solat yang berkualiti). Perkara pertama yang dihisab kelak adalah solat. Dalam solat setiap kali baca al-fatihah, kita memohon kepada Allah SWT, agar ditunjukkan jalan yang lurus. 

Antara tips untuk solat yang khusyuk boleh amalkan:
- Jaga tertib dan memahami makna dalam solat
- Sebelum solat, ulang mohon jauhi dari syaitanirrajim dengan membaca surah An-Naas dan *ludah (simbol sahaja, bukan ludah beria2) sebelah kiri sebelum solat.
-Andaikan solat yang dilakukan itu adalah solat yang terakhir
*untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk kepada mana-mana artikel/ ceramah tentang bab khusyuk dalam solat.

Hormatkan Masa
Tidak lagha dan membuang masa dengan sia-sia. Bersahabatlah dengan Al-Quran, iaitu dengan mengamalkan membaca Al-Quran dan memahami maknanya setiap hari. (Ustazah sarankan sekurang-kurangnya 50 ayat) 

Dalam menjaga hubungan sesama manusia. Jika nak disenaraikan memang banyak, antaranya:
  • Menolong orang yang susah. Antaranya dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah.
  • Jaga maruah diri, jauhi zina.
  • Jaga amanah dan janji
  • Kontrol diri masa marah. Hadith sohih- Nabi Muhammad SAW mengulangi 3x. Jangan marah, jangan marah, jangan marah. 
  • Mudah memaafkan sesama manusia
  • Memberi salam sesama muslim walaupun dengan orang yang tidak dikenali
  • Banyak senyum kerana senyum juga adalah sedekah
  • Ziarah dan mendoakan orang sakit. Kena jaga adab ziarah, iaitu tidak boleh berlama-lama dan digalakkan memberi kata peransang dan bukannya menambah risau hati pesakit. 


Ciri-ciri orang mukmin:
rujuk ayat Al-Quran surah Al Mu'minuun : ayat 1- 6

Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
Iaitu orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna
dan orang-orang yang menunaikan zakat
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau *budak yang mereka miliki (nota); maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

*nota: budak-budak belian yang didapati dalam peperangan dengan orang kafir, bukan budak belian di luar peperangan. Dan kebiaasan ini bukan suatu yang diwajibkan. Imam boleh melarang kebiasaan ini. (rujuk surah Annur: 24)

Amalan dan doa penenang hati
dari surah Al-Furqan:74

Dan orang-orang yang berkata: 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."


Semoga bermafaat, inshaa Allah.

Saturday 9 March 2013

Jalan-jalan ke Krabi - part 2

Sambungan dari mukadimah - part 1 ;)

Penerbangan kami dari KL - Krabi cuma mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam dan tiba di lapangan Krabi dalam pukul 2pm waktu tempatan. (Waktu di Krabi lewat satu jam dari Malaysia).

Gambar bawah ni pemandangan sekitar  Krabi dari udara...



Ini 'airport taxi', (van yang agak besar dan selesa untuk kami bertiga) yang membawa kami ke hotel di pekan Ao Nang. Just for info: the charge was around 600 bath. (convert ~ RM60)



Pemandangan sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel terasa agak 'familiar',  seakan melalui pekan-pekan kecil di Kelantan, nama pun jiran kan.. Cuma tulisan di papan tanda sahaja bertulisan siam. Namun kelainan dan tarikannya pada bukit-bukit batu kapur yang tersergam indah melatari pemandangan perjalanan kami dan terdapatnya tuk tuk yang dijadikan pengangkutan awam. Tuk tuk ni tiada kat Kelantan ataupun di Malaysia.

40 minit perjalanan, sampailah kami ke hotel di Pekan Ao Nang, agak tersorok ke dalam sedikit tapi landskap tamannya sungguh memukau hati. Saya suka banyak pokok, sejuk mata memandang...


Mengikut kata pekerjanya, pemilik hotel ini adalah seorang muslim. Info dari booking.com juga, hotel ni ada sijil halal. Alhamdulillah senang kami bersarapan pagi di hotel tanpa was was. Di Krabi populasi muslim adalah sekitar 42% (sumber wikipedia). Selain pertanian, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan utama penduduk wilayah ini. 

Di bawah ini, saya sempat snap gambar receptionist yang ramah tamah, suka jer dorang posing. Kebanyakan pekerja wanita di hotel ni bertudung dan boleh berbahasa Inggeris dengan agak baik. Tiada masalah untuk berkomunikasi. Sebelum ni, 'hotel review' di booking.com, ada yang komen, rata-rata pekerja hotel di Krabi tidak fasih berbahasa Inggeris. Mostly dari Mat Saleh, adakah terlalu high expectation ;p




Dari beranda kelihatan kolam renang di celah-celah pokok merimbun.


Pemandangan dari bilik, menghadap bukit batu kapur yang tersergam di antara pepohon kelapa yang tinggi lampai (boleh ker guna lampai untuk pokok?) Suasana kampung yg sungguh mendamaikan, terutamanya di pagi hari yang hening.. Subhanallah!


Pic collage di hotel penginapan


Selepas solat dan berehat sekejap di bilik, petang tu kami menaiki tuk-tuk yang disediakan oleh pihak hotel ke Pantai Ao Nang. Sambil meninjau2 pekan Ao Nang, sambil mencari soket di deretan kedai di situ. Ini kes lupa. So, sila bawa 'travel adapter' ya.

Di bawah ni gambar deretan kedai-kedai, hotel dan hostel sepanjang jalan di pekan kecil Ao Nang yang berhampiran pantai.



Tuk tuk pak polisi
Ini pantai Ao Nang di waktu senja. Kelihatan bot-bot yang membawa pelancong (long tail boats) sepanjang pantai. 


Di kala matahari terbenam. Magnificent! Masha Allah, indahnya alam Allah.



Ini pemandangan pekan Ao Nang kala malam.


Walaupun sudah kenyang makan malam, bila melalui pasar malam di sepanjang jalan, akan menyinggah jugak beli sesuatu untuk 'supper'.. hmmm, agak bahaya untuk berlama-lama di Ao Nang ;p


Antara kegemaran, udang goreng bersalut tepung, aneka jus buah-buahan campur, aneka pancake terutama peanut butter + nutella pancake. Heavennya jjcm di Ao Nang ni :))




Baru cerita di hari pertama ni... Our trip to islands and jungle trekking will be continued...