Bila bermastautin di negara padang pasir dan sesekali balik ke Malaysia, membuatkan kami teringin untuk ke hutan hijau dan berpulau. Sempena cuti sekolah Disember lalu, kami pada mulanya bercadang untuk ke Pulau Payar di Langkawi, tetiba dalam tengah 'survey flights', boleh pulak tukar plan ke Krabi. So, ada apa dengan Krabi??
Sebagai mukadimah, saya tulis sikit info serba ringkas tentang Krabi.
Krabi terletak di wilayah selatan Thailand, menghadap laut Andaman dan Pulau Phuket, pulau pelancongan popular yang lebih dikenali berbanding Krabi. Ini pengalaman dengan parents sendiri, Krabi taktau kat mana tapi bila sebut dekat dengan Phuket, baru dorang tau... Krabi boleh di akses dengan jalan udara, darat dan laut. Ramai jugak rakyat Malaysia yang berkereta melepasi sempadan Malaysia - Thai untuk ke sana. Kami ambil jalan senang saja, dengan menaiki penerbangan terus Airasia dari Kl ke Krabi. Kalau naik MAS, kena ke Phuket dulu.
Cuaca:
Seperti di Malaysia dan sudah diketahui umum, tiada 'winter, spring or fall', yang ada hanyalah musim panas dan monsun. Monsun hujan di Krabi bermula sekitar Mei-Nov. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk melawat Krabi adalah di sepanjang November ke April. Dalam monsun hujan, ada kemungkinan aktiviti menaiki bot meredah laut dibatalkan seandainya cuaca buruk dan laut bergelora. Sekiranya hujan memanjang pun, tak seronoklah untuk kita melakukan aktiviti 'outdoors' seperti jungle trekking, etc. Tetapi di waktu puncak, i.e. di luar musim monsun (Nov-Apr) kadar sewa untuk hotel, harga pakej dan tambang bot agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan waktu monsun.
Sebenarnya banyak pakej yang ditawarkan bagi yang berminat untuk meneroka Krabi. Oleh itu kepada sesiapa yang belum menjejaki kaki ke sini, tak perlu risau, redah jer hehee.. By the way, perlu jugak 'study' sedikit sebanyak tips dan merancang 'itinerary' upfront untuk meng-optimumkan percutian masing-masing.
Antara aktiviti yang popular di Krabi termasuklah:
- 'Meredah' laut ke pulau-pulau sekeliling Krabi
- Snorkel, berkayak, belayar
- Meneroka hutan simpan, menaiki gajah, mendaki bukit, meninjau gua
- Berendam di kolam air panas, mandi manda di kolam semulajadi dan air terjun
- Urut, Spa dan jalan-jalan cari
pasalmakan (ni saya tokok tambah la... )
Baru mukadimah, kisah kami seterusnya, to be continued. Chewah, ada part 2 pulak...
Kes malas ni huhu.
Kes malas ni huhu.
6 comments:
salam ziarah :)
lusa saya akan jejak kaki ke krabi :)
nice trip :)
pya, selamat bercuti :)
hi,
tq for sharing info psl krabi.. bila dh start google x sabar nak pegi.. :)
nway, berapa you byr tuk pakej phi phi island?
www.vitamin4kesihatan.com
cheq eem, if m not mistaken dalam 4000baht for 3 pax, 2 dewasa, 1 budak. Sorry, cost breakdown tak ingat..
Btw, selamat bercuti ;)
tq pinnon...!
Post a Comment