Tuesday 9 July 2013

Persiapan menyambut Ramadhan

Inshaa Allah, muslim di kebanyakan negara akan mula berpuasa esok. Ada yang sudah mula berpuasa hari ini.

Ahlan wasahlan Ramadhan. 

Sebenarnya, dibawah ini adalah sebahagian nota dan tips2 yang dicatit semasa tazkirah terakhir dengan ustaz di sini sebelum bermulanya cuti musim panas. Saya kongsikan di sini untuk sesiapa sahaja yang berminat, sebagai peringatan bersama samada untuk yang sudah sedia maklum atau yang ingat2 lupa macam saya ni. Semoga bermanfaat..

Tazkirah ustaz banyak berkisar tentang saranan dan amalan sunnah dalam berpuasa. Walaupun ada yang sudah berulang kali didengar, namun masih ada jugak perkara2 yang terlepas pandang dan saranan2 yang sungguh bermanfaat untuk diamalkan, inshaa Allah.

Semasa bulan puasa, disunnahkan:
- berdoa di waktu sahur, antara waktu makbul doa
- mengakhiri sahur, sebelum azan subuh. (sekitar 10 min sebelum azan)
- menyegerakan berbuka. Seandainya tiada apa2 untuk dimakan atau diminum diwaktu berbuka, hendaklah berniat untuk berbuka. Dengan niat berbuka sudah membatalkan puasa.
- berbuka dengan kurma basah dan air sebelum solat maghrib
- berdoa sebelum berbuka, antara waktu mustajab doa juga. 

Menyentuh tentang doa, antara doa2 yang tidak ditolak adalah:
- doa orangtua kepada anaknya
- doa orang yang berpuasa
- doa orang yang bermusafir

Di bawah adalah antara saranan untuk kita perbanyakkan amalan di dalam bulan Ramadhan yang barakah ini, inshaa Allah. Antaranya:

1. Banyak berdoa
Allah amat suka kepada hambaNya yang berdoa dan meminta kepadaNya. Orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong. Namun, doa dari hati yang lalai tidak diterima oleh Allah SWT, seharuslah berdoa dengan hati yang penuh kusyuk dan dengan perasaan tawakkal kepadaNya. 

Disamping doa2 yang biasa kita amalkan, disarankan juga kita berdoa agar:
- anak2 tidak meninggalkan solat dan mudah menghafal Al Quran. 
- ditetapkan dalam Islam dan iman sehingga meninggal dunia. Ini antara doa para sahabat Rasulullah.

2. Banyak bersedekah
Sedekah memadamkan kemarahan Allah SWT. Bersedekah seumpama menanam biji yang menumbuhkan pohon dan berbuah. Dan sedekah yang paling afdal adalah sedekah yang tersembunyi.

3. Banyakkan membaca Al-Quran
Semasa bulan Ramadhan, sahabat2 Rasulullah banyak meluangkan masa dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.

4. Memberi makan kepada orang berpuasa
Bagi mereka yang memberi makan untuk orang yang berpuasa akan memperolehi pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasanya sendiri.

5. Amalkan solat2 sunat 
Mendirikan solat2 sunat mengiringi solat fardhu, solat2 sunat rawatib, solat dhuha, etc.

6. Banyakkan amalan2 soleh yang lain
Sesiapa yang memudahkan urusan oranglain di dunia, Allah akan permudahkan urusannya.

7. Banyakkan solat di malam hari
Selain solat tarawih, perbanyakkan sujud dengan mendirikan solat2 sunat malam. i.e. berqiamullail. Allah memandang kepada ahli tahajjud. Perbanyakkan solat malam dan bermunajat kepada Allah SWT terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan, kerana Lailatulqadar turun pada 10 malam terakhir.

Niatkan iktikaf, iaitu meluangkan masa untuk Allah SWT. Dengan berniat iktikaf, inshaa Allah akan mendapat pahala iktikaf.

Syarat2 iktiqaf:
-muslim, mumayyiz, berakal, suci dari hadas besar dan kecil.
-berniat. Niat untuk beriktikaf di masjid untuk solat jemaah bagi lelaki, dan tidak semestinya di masjid untuk perempuan. Kaum wanita boleh niat iktikaf di ruang solat di rumah. 
-tiada jangka masa tertentu untuk beriktikaf, cuma niat.

8. Mengerjakan umrah
Sunnah mengerjakan umrah di bulan puasa dimana ganjaran pahalanya seumpama mengerjakan haji.


Semoga kita keluar dari Ramadhan seumpama bayi yang dilhairkan, inshaa Allah. Sesungguhnya modal hidup kita adalah masa atau waktu di dunia ini...

Wallahuallam.