Sambungan dari bahagian 3..
Aktiviti kami pada hari ketiga tertumpu kepada meneroka keindahan alam semulajadi hutan simpan dan jeram di Krabi. Subhanallah, kecantikan alam ciptaan Maha Pencipta...
Kami suka aktiviti 'jungle trekking' ni, selain tenang menikmati kehijauan alam, ianya juga lebih kepada sessi mengeluarkan peluh. Secara psikologi mengurangkan rasa bersalah kami yang telah terlebih makan sepanjang berada di Ao Nang hehee ;p
Jomlah layan gambar ;)
Destinasi pertama kami adalah ke kolam air panas, di mana perjalanan dengan van mengambil masa 45min - 1jam dari Ao Nang.
Ini laluan untuk ke hot spring, tidak berapa jauh dari pintu masuk.
Airnya suam-suam saja, lebih kurang 35-40 darjah C, sesuai untuk berendam samada seluruh badan ataupun hanya merendam kaki macam kami yang malas untuk berbasah-basahan ;p
Tidak jauh dari hot spring, kami menaiki van ke Emerald pool di Khao Phra Bang Khram Nature Reserve.
Ini laluan ke Emerald pool, lebih kurang 800m dari tempat masuk / parking. Cuaca pada hari itu agak redup dan rasa sungguh nyaman berjalan dalam cuaca yang tidak terlalu panas, tambah-tambah lagi di dalam ketenangan suasana hijau sambil ditemani kicauan unggas.
Di bawah ni gambar Emerald pool. Sesuai dengan namanya, hijau airnya seakan kilauan batu zamrud dibawah sinaran matahari. Cantikkan? Air disini berpunca dari mata air, dingin dan jernih.
Anak sedang menyejukkan badan di dalam kolam. Lantai kolam ni agak licin kerana dipenuhi lumut. Kepada sesiapa yang tidak mahir berenang, harus berhati-hati!
Airnya sangat jernih, sehingga jelas kelihatan ikan yang berenang-renang didalamnya.
Selepas menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke Vipassana Centre, yang terkenal dengan 'Tiger Cave Temple'. Namun, kami tidaklah begitu tertarik dengan gua harimau itu, kerana ada gua yang cantik dengan 'natural stalactite & stalagmite' di dalam hutan simpan di situ.
Ini Vipassana Centre tempat tinggal dan meditasi spritual sami Budha.
Ini 'Tiger Cave Temple', antara gua-gua yang dijadikan kuil Budha.
Kami hanya mampu mendaki tangga dalam gambar di bawah ini sahaja. Ini dakian anak tangga untuk ke hutan simpan yang terdapatnya empat buah gua dan juga pokok besar, usia ratusan tahun. Itupun tercungap-cungap jugaklah huhu ;p
Ini peta hutan simpan.
Gambar di bawah ni adalah antara rumah-rumah sami di pinggir bukit dan dicelah-celah gua. Saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang kehidupan sami Thai di sini. Tapi secara umumnya, memperlihatkan kehidupan mereka yang agak 'terasing' dengan masyarakat setempat. Jauh berbeza dengan kehidupan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW. Baginda sendiri menjalani kehidupan harian, berdakwah, bekerja, berkahwin, mempunyai zuriat dan bergaul dengan masyarakat. Dalam menyampaikan mesej Allah SWT dan mendidik masyarakat, baginda menjalani kehidupan normal, menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Betapa, Islam itu indah!
Ini 'picture collage' sekitar hutan simpan. Di bawah ni gambar 'big tree' yang sudah hidup beratus tahun.
Setelah bersiar-siar di hutan simpan, kami kemudiannya ke tempat pemeliharaan gajah untuk aktiviti terakhir hari itu. Agak 'cuak' jugaklah bila gajah terpaksa mengharung lecak, bimbang takut gajah tergolek jatuh dengan orang-orang yang menaikinya sekali. Namun dengan latihan bertahun keatas gajah-gajah ini dan kecekapan pemandunya, alhamdulillah kami selamat sahaja melalui denai hutan itu. Bukanlah hutan pun, ladang getah pinggir hutan jer kot ;p
Sebenarnya timbul rasa kesian terhadap gajah-gajah yang dikerah untuk 'entertain' kami bagi menghayati betapa sinonimnya gajah dengan masyarakat setempat suatu masa dulu. Suami berpendapat, walaupun cara yang digunakan untuk melatih gajah-gajah itu nampak kejam di mata saya, namun mungkin cara sebegitu yang digunapakai secara turun temurun untuk menjinakkan gajah, dari binatang liar di hutan yang boleh dipandu dan menjadi sebagai salah satu cara pengangkutan orang terdahulu.
Selepas itu, kami dihantar ke hotel masing-masing. Tempat menaiki gajah ini hanyalah 10 minit ke pekan Ao Nang.
Di sebelah malamnya selepas menjamu selera dan meronda-ronda sambil membeli buah tangan untuk keluarga, kami seterusnya melakukan urutan kaki refleksologi.
Akid tengah kontrol... cuba menahan sakit, maklumlah tak biasa buat sebelumnya. Kami dah pesan untuk perlahankan urutan untuk budak. Suami pula berborak2 dengan orang sebelah yang kebetulan dari Malaysia yang sudah beberapa kali berulang ke Krabi dengan keluarga.
Malam itu kami semua tidur nyenyak, alhamdulillah.
Hari-hari terakhir di Krabi... ;p
Keesokannya, kami membuat urutan tradisional di sini. Gambar makcik dibawah tu tukang urut saya, yang mengurut suami, tukang urut lelaki lah. Orang berumur ni memang berpengalaman, sedap dan berasalah dia urut. Berlainan dengan tempat urutan refleksologi yang kami pergi semalam. Kebanyakannya orang-orang muda, rasanya macam main tekan jer...
Penerbangan pulang ke KL pada sebelah petangnya. Kami 'check-out' dari hotel pada tengahari dan dihantar oleh TA ke lapangan terbang Krabi.
Menunggu 'flight' ke KL.
Till then, au revoir Krabi... Panjang umur, murah rezeki dan kelapangan masa, insyallah ingin pergi lagi ;)
5 comments:
nice post sis.. btw nak tanya, header kat atas tu katne? *lari topik.. cantik sgtttttt!!~ sy pun suka pemandangan sebegitu.. memukau pandangan.. =)
Sara Lynn,
Gambar tu di Swiss, salah satu tasik dari Mt. Pilatus. Haah betul, pemandangan sangat cantik & tenang :)
oic..bestnya dapat mengembara banyak tempat...
wah thanks for ur sharing...
InshaALLAH ain akan pergi bersama suami, 2 anak kecik & family in laws mid of disember ni... hopefully cuaca baik & dpt menikmati percutian...
Terbaik sis
Memang sangat suka Krabi. Dulu saya bawa seluruh staff dari perniagaan servis pindah rumah melancong kat Krabi.
Post a Comment