Saturday 16 February 2013

Melawat Abu Dhabi

Kelainan yang agak ketara dari pemerhatian saya sepanjang perjalanan dari Doha ke Dubai dan seterusnya ke Abu Dhabi adalah terdapat banyaknya pokok-pokok merimbun di kebanyakan kawasan di Abu Dhabi berbanding antara ketiga-tiganya. Di negara yang bukan berpadang pasir, pemandangan kehijauan pokok itu sudah menjadi lumrah namun berlainan dengan negara2 belah sini yang bermuka bumi padang pasir.

Gambar2 kat bawah ni menunjukkan apa yang saya maksudkan. Kiri kanan tu penuh jer pokok2 merimbun yang jarang-jarang dapat dilihat di sekitar Dubai dan Doha kecuali di taman-taman (parks). Ini kerana tidak semua pokok mampu bertahan dengan 'harsh' weather di belah sini dan pokok-pokok yang ditanam itu memerlukan siraman air yang banyak secara konsisten untuk mengelak dari mati kekeringan terutamanya di musim panas.




Jika dibandingkan juga dengan Dubai, there are less sky scrappers in Abu Dhabi. Selain dari itu juga, agak kurang tempat-tempat 'happening' dan di sana lebih kepada kawasan pusat pentadbiran kerajaan dan kawasan perumahan. Kenapa saya sibuk membandingkan Abu Dhabi dan Dubai? Kerana kedua-dua bandar ini adalah antara tujuh bandar dalam United Arab of Emirates (UAE) di mana Abu Dhabi merupakan ibu negeri dan bandar kedua terbesar dalam UAE. Abu Dhabi juga penyumbang GDP utama walaupun Dubai lagi nampak gah. Menariknya jugak, Abu Dhabi di dalam bahasa Arab bermakna Bapa Rusa i.e. Father of Deer. Adakah banyak rusa di sana dolu2?? ;) 

Gambar yang diambil dari Emirates Palace Hotel

Perjalanan kami ke Abu Dhabi (AD) dari Dubai hanya memakan masa lebih kurang 1 jam. Di Abu Dhabi, kami menginap di salah satu hotel apartment yang sudah siap2 ditempah via booking.com. Di bawah ini, gambar2 hotel dan pemandangan dari hotel yang menggunakan apps collage, senang boleh letak banyak2 gambar sekali, jimat space sikit;)

Di sekitar bandar AD ni, sistem 'parking'nya sangat limited dan agak complicated. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja, kita dapat meletakkan kenderaan di tempat 'parking' based on 'color coding'. So tugas 'parking' selalunya diserahkan kepada hotel assistant yang lagi arif bab2 ni. Selalunya, 'parking spaces' depan hotel penuh dan seperti biasa, pihak hotel akan tolong parkingkan kereta untuk penginap2 di situ. Pernah perasan mileage yang digunakan untuk berlegar2 mencari tempat parking mencecah 20km..;p Hmmm memang susah nak mencari tempat 'parking'... 

Pemandangan dari bilik hotel pada sudut dan
masa berlainan - pagi, petang dan malam
One bedroom hotel apartment in Abu Dhabi

Jika ke Abu Dhabi tidak lengkap kalau tidak melawati Masjid Sheikh Zayed (Grand mosque). Kagum dan terpesona dengan seni arkitek, hiasan luaran dan dalamannya yang sungguh indah, 'detail' dan berseni. (Dolu2, pernah terfikir nak ambil jurusan architectural, skrg seorang yg mampu menghayati sahaja..;p) Semoga masjid ini mendapat limpahan keberkatan dari Allah SWT, mampu diimarahkan oleh penduduk sekeliling dan bukan hanya gah dan cantik pada pandangan manusia sahaja, ameen. 

Abah & Akid in front of Masjidil Sheikh Zayed 

From another angle.
Kelihatan kolam air yang sejuk mata memandang


Ruang dalam masjid.
Terdapat lampu-lampu indah menghiasi dalaman masjid.

Bahagian mimbar.
Di dinding terukir 99 nama-nama Allah SWT.

Hari berikutnya, kami dijemput makan tengahari di rumah kawan lama yang bekerja di Abu Dhabi. Kami mengambil kesempatan melawat mereka sekeluarga sambil mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar khabar dan cerita. Akid pula dapat bertemu kembali dengan kawan lama yang sudah dikenali sedari kecil. 

Akid, Aniq & Qisha


Agenda yang 'happening' untuk sesiapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat remaja ni, semestinyalah ke Ferrari World. Kasi can la budak cuti sekolah nak bergumbira dan kami tumpang sekaki ;))



Inilah Formula Rossa yg dikatakan sebagai 'The world fastest roller coaster'

Sebelum bertolak pulang ke Doha, sempatlah meronda2 bandar Abu Dhabi, melawat Emirates hotel palace yang 'grand' ittew. Btw, takderlah boleh appreciate sangat because it is just a grand hotel for filthy rich people. Gambar boleh google sendiri hehee ;)

Di bawah ni gambar sunset, on the way back to Doha. Ma'a salama ;)






Tuesday 5 February 2013

The last time was...

The last time that I had to sit for exam was ages ago... 
Revision time, now!



Monday 4 February 2013

Dessert: Fruit cocktail jelly


Last week, I brought fruit cocktail jelly to the Arabic class pot luck party. Then again, in the same week, I prepared the same dessert to bring over to the Islamic lecture (ceramah) organised by the Malaysian group. Memang Macam takde idea lain... lol. Btw, they are of two different groups ;p

Dalam bab memasak saya tak berapa gemar untuk berlama-lama di dapur.  Namun, bila menyediakan agar-agar atau puding saya suka sebab ianya senang, cepat dan sedap. I'm sharing the recipe here. 

Ingredients:

1 packet dried jelly (10-12g agar-agar)
1 can of fruit cocktail
1 can of evaporated milk
4 mugs of water
1 mug of sugar
2 table spoons of custard

Method:

1. Boil the the jelly in a pot till it dissolves. (with 4 mugs of water)
2. Then add sugar into it and stir to dissolve.
3. Separately stir the custard with a small amount of water
4. Then add the dissolved custard into the boiling pot and stir the mixture.
5. Add evaporated milk into the mixture.
6. Finally add fruit cocktail (using filter, drain the syrup from the can), stir a while before turn off the heat.

Then pour the cooked jelly into any bowl or mould and let it cool in the refrigerator.

Senang kan ;)














Friday 1 February 2013

Ikhlas kah kita?

Saya cuba kongsikan intipati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamerey Abdul Razak semalam yang bertajuk Penyakit-penyakit Ikhlas dan Rawatannya. Namun, terlebih dahulu, maaf dipohon sekiranya ada kekhilafan dalam catitan saya nih. Maklumlah, dengan keterbatasan ilmu & kedhaifan diri sendiri yang mudah lupa dan kurang fokus.. Dengan 'entry' ni sebenarnya lebih untuk saya rekod dan berkongsi apa2 ceramah yang didengar agar tidak sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

Btw, I'll write based on points that I managed to remember with the help of my notes. These might not be the exact words from the Ustaz and I might jump from one point to another. Aasifah...

Dari ceramah semalam, saya sangat terkesan dengan perumpamaan "Mengendong seguni pasir di padang pasir". Cuba bayangkan padang pasir dibawah ini, dimana seorang itu membawa seguni pasir, bermanfaatkah pasir2 ittew. (wah ni bahasa budak2 muda sekarang..) Tentulah sama sekali tidak kan.. Itulah perumpamaan kepada amalan orang yang tidak ikhlas... ianya tiada nilai disisi Allah SWT. 



Setiap amalan manusia bergantung atas niat dan keikhlasan kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Imran Ayat 29: 

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Say: "Whether you hide what is in you hearts or manifest it, Allah knows it, and He knows whatever in the heavens and whatever is in the earth, and Allah has power over all things.

Ikhlas juga adalah antara kurnia Allah SWT kepada hambanya. Setiap perbuatan dan amalan yang baik kerana Allah, Inshaa Allah akan mendapat pahala ibadat. Nevertheless, untuk beramal ibadat kita hendaklah berilmu. Sebagai contoh oleh ustaz, It could be tidur orang yang soleh dan berilmu lebih baik daripada zikir orang jahil. Orang soleh tidur, jika diniatkan kerana Allah SWT (contoh, dia berniat dengan tidur agar sihat tubuh badan dan mudah beribadat kepada Allah SWT) jika dibandingkan dengan yang berzikir tetapi tidak tahu dan faham butir-butir yang dizikirkannya. Wallahuallam.

Allah SWT tidak memandang akan jasad & luaran seseorang dan apa yang dinilai adalah hatinya. Hati seseorang yang ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah sekelian alam. 

Sebagai contoh, nilai keikhlasan dalam sedekah. Ustaz bercerita bagaimana semasa dana diperlukan untuk membantu saudara sesama islam yang tertindas, seorang hamba Allah di Qatar ni mendermakan kereta hadiah perkhawinannya yang belum sempat dirasmikan lagi. Amat tersentuh bila diceritakan bagaiman seorang hamba Allah yang lain (saya tak pastilah ustaz cerita era bila sebab dia cakap di Qatar dulu2, could be 80an-90an), membawa 2 ekor ayam untuk didermakan. kerana itulah sahaja harta yang dia ada. Tak terbayang adakah saya akan sepemurah dia jika ditempatnya?? Ustaz ada menyentuh isu derma pakaian terpakai untuk mangsa tsunami di Acheh beberapa tahun lalu, di mana banyak yang perlu ditapis dan dibuang kerana ada antaranya yang sudah tidak layak lagi untuk dipakai. 

Nabi pernah bersabda bahawa sedekah yang paling baik adalah dengan memberi harta benda yang kita sayang.

Tipu daya syaitan sangat halus, selalu berbisik ke hati manusia agar terpesong dari jalan yag lurus. Begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan, dipesongkan niat ikhlas dan memungkinkan amalan kita bagaikan debu2 yang berterbangan, nauzubillah.

Bagaimana untuk mengenal penyakit2 ikhlas?  

Penyakit2 Ikhlas:

1. Riak
2. Takabbur
3. Sum'ah
4. Ujub

1. Ciri2 orang riak:
- malas ketika bersendirian namun rajin di depan orang. 
- rajin bila dipuji dan berkurangan amalan apabila kurang pujian.
- melakukan amalan untuk dilihat oleh manusia atau meninggalkan amalan kerana manusia. (contoh, ke masjid untuk dipuji atau tidak mahu ke masjid takut dikatakan menunjuk)

2. Ciri2 Takabbur
- selalu bangga diri
- bersifat angkuh dan sombong
- merasa sakit hati bila ada yang menyaingi
- merasa senang hati apabila mendengar kejatuhan orang lain 
- selalu ingin dipuji
- suka memotong cakap orang lain

3. Ciri2 Sum'ah
- membuat sesuatu secara diam-diam tetapi kemudian mengkhabarkan kepada orang
- Bercerita kepada orang tentang amalan-amalannya agar dikagumi

4. Ciri2 Ujub
- Orang yang kagum dengan dirinya (adakah sama dengan obsess & perasan??)
Contoh: 
Orang yang cantik kagum dengan kecantikannya
Pendakwah kagum dengan dakwahnya
Dermawan kagum dengan dengan harta pemberiannya
The list goes on...

Antara rawatan-rawatan untuk ikhlas kepada Allah SWT:

- Merasa takut dan malu kepada Allah
- Sentiasa perbetulkan niat, untuk Allah, untuk mendapat redha dan pahalaNya.
- Sentasa merasa bimbang pahala tidak diterima Allah
- Melakukan amalan secara ikhlas walaupun di depan orang. Kemungkinan amalannya dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan. Setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain hasil contoh dari kita, inshaa Allah akan mendapat pahala berterusan selagi orang itu mengamalkan kebaikan.
- Menyembunyikan amalan. i.e. perbanyakkan amalan baik secara rahsia
- Sentiasa menuntut ilmu
- Perbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami terjemahannya.
- Sentiasa bermujahadah menentang nafsu dan sifat buruk.

Kebaikan ikhlas:
- mendapat nikmat dan ganjaran dari Allah SWT.
- dengan ikhlas, hati kita lebih tenang dan berpandangan positif
- dapat menjaga hati agar tidak terlalu sensitif dengan kritikan manusia
- agar terselamat dari tipu daya syaitan.

Inilah antara points that I manage to jot down. Saya hanya panjangkan dari ceramah yang berbahagia ustaz, jazakallahukhairan. Semoga bermanfaat. 


personal notes:
Sepanjang ceramah semalam, Akid duduk di barisan hadapan yang hadir. Tak pastilah dia faham ke tidak isi ceramah ni, walaupun suami usik dia nampak macam mengantuk je. Saya cuma titipkan doa dalam hati agar Akid dan anak2 yang hadir di majlis ilmu semalam menjadi anak2 yang soleh dan solehah, ameen.