Sunday 30 March 2008

I love weekend...

Seronoknya tengok kuntuman bunga2 ni.
Ingatkan jenis pokok berdaun yg tidak berbunga...


Ewah2 seronoknya mengunyah daun limau purut ..
Patutler byk pokok gue yg daunnya berlobang2...
Ada ulat bulu yg gemuk (tajuk buku cerita akid) rupanyer..
Tapi gue biarkan jerlah, dah makanan dia...
Lagipun lambat laun ulat bulu itu akan bertukar
menjadi rama-rama yg cantik (ayat dlm buku cerita itu)


Nearby nursery.
It's such a beautiful day , waking up in the morning and knowing u'll be spending time with your love ones... To put aside those non-stop office work, burdens, conflicts, etc... Sekali sekala mengikuti jugak kemelut politik negara yg beransur2 reda... yg pasti biarla org2 yg arif sahaja yg komen....

Early this morning, I fed the fish & checked on my plants... Labeled as an environmentalist by hubby eversince zaman bujang dolu2 hahaha... Well, bz weekdays prevent me to do all these... Pergi office pagi2 lagi, balik rumah hari dah senja... Seronok tengok bunga2 menguntum, seakan2 menyapa tuannya yg kesuntukan masa utk depa. Lepas tu gue masuk dapur kay, takderla ala2 bercakap dgn pokok2 tu... kelentang kelentung masak nasi lemak sambal tumis udang, terpaksa buat udang tomato utk Akid jugak, telur rebus, kacang goreng, bilis goreng dan timun. Tengahari, selepas ambil akid dari kelas taekwando, kitaorg singgah nursery dan sempat merembat beberapa batang pokok... Nursery tu janji nak hantar pokok2 tu pada petangnya tp tak muncul2. Anyway petang tadi hujan lebat, tak boleh nak berkebun pun... Layan puding roti jer lah...



Akid loves bread pudding very much.

Kuah puding roti, pelengkap rasa...

Saturday 29 March 2008

The legend island...


Tiba di pulau yang sarat dengan ceritera penglipurlara yang mana begitu terkenal dengan lagenda sumpahan Mahsuri.... I was there last week, not solely for leisure... bak kata org sambil menyelam minum air... As the workshop started after dinner, we had the whole day on last Monday to explore. Ghaz, Mat & I planned to hop on Pulau Payar but unfortunately we missed the boat (one trip per day). However the taxi driver suggested us to go for Langkawi mangrove tour. For rm250 per boat for just the 3 of us, the trip was not bad at all. I enjoyed the view very much and the tranquility surrounding us....Well, it was such a new experience.....


Stayed at Berjaya beach & spa resort
First stop at Gua Kelawar
Gua kelawar



Boat parked at the floating restaurant where we had our lunch.




Pulau Kasut


Eagle feeding...

What an amazing experience



Saturday 15 March 2008

school hols

Dah lama gue tak mengajar skill group gue... asyik postpone / cancel. Somehow, I finally managed to squeeze in between my bz schedule to facilitate a level 2 trainning which again held in Awana Kijal... tak kisah la cuti sekolah, if not cuak jugak. Dah la boss suh lari balik on Thurs for ACD prog. Hellooo ingat Kijal tu dekat ker?? Nasib baik dia dgr explaination gue...
So, travelled on Tuesday together with Kak Mas (another subject matter expert from carigali), Akid & maid. Terpaksa angkut Akid sekali, kesian plak cuti2 sekolah terperap kat rumah. Dia pun excited nak ikut... Since dia dah besar so taklah risau sangat. Tp gua dah outlined the Do & Don't list esp. don't go beyond the wading pool, don't go to beach except with me later, etc. etc... Ptg selepas kelas, sempatlah gue pi jln2 menyusuri pantai situ.
Balik from Awana, gue singgah rmh Nik Mad... rindu plak kat kenit tu. So sempatla jln2 kat TC, dinner di Santai lagi... Gue tidur satu malam kt rmh Nik Mad dan drive balik semalam...
Ayyo Monday ni ada COP in Putrajaya, pg tu for the first time gue kena assess org tuk naik grade from E1 to E2... Teringat plak zaman dolu2 assessment gue yg agak kontroversi. Takderla kontroversi apa pun, just that becoz of this one guy...kecoh satu ofis. Bak kata pepatah rumah dah siap, pahat masih berbunyi, lebih kurang ler.. As long as gue di landasan yg betul & gaji gua naik... biarla si luncai ...
Tetiba gue rasa banyak betul kerja gue yg belum siap... weekend pun gue buat kerja ofis, antar email ke ofis, Niz pun camtu...sama2 dpn laptop masing2... Selingan jap, gue singgah di blog ni...


Dugong terdampar di Teluk Cempedak...


Di pantai Awana Kijal

Sunday 2 March 2008

Weekend at home...

Weekend ni kitaorg melepak di rumah saja.... Sabtu jer kuar kejap jengok rmh alam damai & singgah makan di mcD di BTHO. Malam sabtu dah melencong ke ikea from ofis... So weekend kami tak kemana2 sangat. Byk masa ku membaca magazine dpn kolam, memerhati ikan2 kap liar makan... yg mana muncul masa ada makanan ditabur saja, nyampasss.... Hby & Akid byk mengadap pc main game... like father, like son...
Hari Ahad, ku jadik surirumah sepenuh hari, bermula dari pagi masak nasi lemak, lepas tu melepak baca magzine di kolam, Niz antar akid taekwando. Lunch semua kekenyangan dgn nasi lemak berkalori tinggi tuh... so lunch we all skip... Ptg we all g shopping for groceries at giant w just few metres from our hse. Balik aku masak bubur jagung for tea. Niat asal nak buat puding roti dibatalkan sbb agak malas nak memantau pembakaran dlm oven yg jrg2 aku guna... maybe next wkd. Then malam aku masak lg tuk dinner, simple2 jer tapi nampaknya sorang2 makan bertambah2, mungkinkah tengahari tak jumpa nasi...