Wednesday 18 April 2012

Umrah trip, ziarah and a bit of sirah


~Perjalanan Umrah dan ziarah 6-14 April 2012~

Alhamdulillah, dipermudahkan kami untuk mengerjakan umrah kali ini. One thing that I always notice, should we have the right intention of doing something, Insyallah, Allah will assist and make it easy for us. Pada mulanya, kitaorg berkira-kira untuk memandu dari Doha ke Mekah secara solo. Bila tanya orang2 yg dikenali (masih baru di Doha, orang yg dikenali pun beberapa kerat ajelah) kebetulan ada yang baru saja pergi cuti sekolah lepas ataupun ada yang ambil 'flight' ke sana. So, kami rasa 'confident' untuk redah 'drive' berpandukan gps dan info dari internet. Tak disangka, selang seminggu sebelum pergi, semasa saya borak2 dengan seorang kakak yang baru dikenali ni, dia pun nak ke sana pada hari yg sama dan tak keberatan jika kami konvoi dgnnya. Last minute kawan ofis suami pun turut serta. Jadi kami 3 kereta convoy ke Mekah, alhamdulillah ada guide utk yg 'first timer travel via road' macam kami ni. Kalau tak, rasanya terkial2 jugaklah. Pergi dengan orang yang dah 3-4 kali pergi, sungguh 'reliable', sbb dorang dah tau selok belok dealing with custom, arah jalan dan tempat2 R&R yg sesuai. All in all, syukur dipermudahkan. Lepas2 ni dah taulah kalau nak memandu ke sana cuma perjalanan yang agak jauh memenatkan pemandu (x boleh nak bergilir sbb perempuan x dibenarkan memandu di sana). Cabaran utama, mengantuk semasa memandu dengan jalan lurus di tengah padang pasir dan kadang2 meredah ribut pasir yg tebal & kadangkala berpanjangan, kena 'slowdown' due to low visibility. 

sandstorm

Antara pemandangan yg menarik sepanjang perjalanan

sekawan unta di padang pasir



Akid in ihram.
Singgah bermalam di Taif. Another 60-70 km to Mecca. 
Mula berihram dan pasang niat di Miqat Qarn Al Manazil di Taif. 



Masjid di Miqat ni bersih dan bilik airnya selesa. Bagi orang yg tidak bermalam dimana2 tempat penginapan, boleh mandi sunat ihram di sini. Bilik air & mandi (shower) banyak. Selepas niat dan solat sunat di Miqat, kami memulakan perjalanan ke Mekah dgn bertalbiah. Kenangan mengerjakan haji kembali menerjah, cuma 2 tahun lepas, ramai2 bertalbiah didalam bas dari Madinah ke Mekah. Terbit perasaan teruja dan kerdil, teruja untuk sampai ke rumah Allah dan merasa sungguh kerdilnya kita sebagai hamba yg Esa. Dari Taif ke Mekah Al Mukarramah, muka buminya jugak berbukit bukau dari batu2 keras dan berpadang pasir. Bila baca sejarah, Rasulullah ke Taif dari Mekah (60-70km) untuk berdakwah dan menyeru kaum di Taif untuk beriman (menerima Islam), namun balasan yang diterima, baginda dperlekehkan dan dilempar dengan batu. Sebenarnya byk cabaran dan liku2 ditempuhi rasulullah di awal2 dan sepanjang mengembangkan ajaran Islam terutamanya tentangan dari kaumnya sendiri kaum Quraisy.

Sepanjang perjalanan yg panjang dari Doha-Taif-Mekah, Mekah-Madina dan pulang Madinah-Riyadh-Doha) sambil2 utk menemani suami agar tidak mengantuk, mcm2 topik keluar, selain isu semasa kadang2 berkisar sejarah zaman rasulullah dan khalifah. My hubby is my 'walking library', mcm ada folder buku2 yg dia baca dlm otak dia tu, so byk exchange cerita. Ada few applications yg dah lama saya download ke handphone tp tak sempat nak baca habis, so baca dlm spjg perjalanan, refresh balik sejarah nabi yg pernah dengar dan baca dulu2, ada yg dah lupa. Kdg2 tertidur jugak, kesian driver ;p

Saya suka baca 'Prophetic Timeline' ni sungguh padat & ringkas, dengan setiap cerita ada subsections: 'events' ; 'lessons & wisdoms'; 'Edicts & Rulings'. Senang ikut based on timeline. Another application: 'This is Mohammad' by iPhoneislam, menceritakan agak terperinci pasal perjalanan hidup Rasulullah. Others sejarah kalifah2 islam dan hero2 islam yg banyak berjasa mengembangkan syiar islam ke kontinen2 sekitarnya. Dalam Prophetic Timeline, it starts with the descendents of Abraham (ke keturunan nabi, kaum Quraish dari bani Hashim) till to the last chapter, the 'The Choice', hari2 terakhir baginda Rasulullah (SAW). 

Bercerita dengan anak, Nabi Muhammad (SAW) pun anak tunggal, (macam isu besar to some people yg murah rezeki dengan anak2, rezeki Allah tetapkan tidak sama ok, ada terlebih dan terkurang here and there. Perlu ker nak tanya berulangkali dan persoalkan takdir Allah. Ops sessi meluah perasan pulak:@). Malah baginda dilahirkan anak yatim, tak pernah kenal rupa bapa, so I pesan dekat anak kita kena banyak bersyukur, kita dah diberi nikmat macam2. Seawal 6 tahun, Rasulullah ditakdirkan menjadi yatim piatu. Sedih sungguh baca, bila ibunya, Aminah membawa nabi ke Madinah bersama pengasuhnya Barakah berjumpa dgn relatives, uncles and cousins, seronok bermain bersama, belajar main layang2 etc, but then bila otw pulang ke Mekah, ibunya meninggal, nabi yg ketika itu baru berusia 6 tahun, pulanglah dengan sedih dengan  pengasuhnya. Baginda kemudian dijaga oleh datuknya Abdul Muttalib. Nama sebenar Abdul Muttalib, Shaybah, anak kepada orang berpengaruh Mekah, Hashim & Salma. Bila Al-Muttalib, adik kepada moyang nabi Hashim mengambil datuk nabi dari Madinah (dulu, dipanggil Yathrib) dan membawa ke Mekah, org2 Mekah menyangka dia hamba Muttalib, lalu dipanggil Abdul Muttalib. (Abdul maknanya hamba). 

Nabi Muhammad SAW antara cucu kesayangan Abdul Muttalib, sentiasa berada disebelah datuknya ketika datuk berehat2 bersama anak2nya di tepi kaabah. Anak Abdul Muttalib (bapa2 saudara nabi) kesemuanya 10 orang, antaranya Hamzah & Abbas yg memeluk Islam, Abu Talib yg menyokong nabi dan Abu Lahab yg begitu tegar menentang baginda sehingga turun ayat Al-Lahab. Tempat bermanja, datuknya pula meninggal semasa baginda berumur 8 tahun. Sedih mengenangkan seorang kanak2 hilang tempat bergantung, satu persatu. Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan nabi terkontang kanting, baginda kemudian dibela bapa saudara kesayangannya Abi Talib. Kemudian, years later (dalam tahun 10 kenabian) nabi diuji dengan pemergian orang2 kesayangan bila Abu Talib bapa saudara yg banyak membela dan melindungi nabi dari kaum Quraish (walaupun bapa saudaranya tidak beriman dgn agama Allah) diikuti dengan isteri tercinta Khadijah, orang yg paling rapat, tunjang kekuatan yang sentiasa menemani dan menyokong baginda. Tahun tersebut dikenali dengan The year of deep sorrow. Hmmm so heartbreaking! Dah jadi entry sejarah pulak. Btw, kisah rasulullah tak pernah jemu untuk dibaca.

Alhamdulillah, sampailah kami ke kota suci Mekah, yg Allah janjikan pahala berganda bila beribadat keranaNya di situ, insyallah, ameen! Tanah haram yang tidak dibenarkan 'non muslim' untuk menjejak kaki ke situ. Suasana di masjidilharam walaupun tidak sepadat musim haji, tapi orang sentiasa ramai persis ketika haji.




Selepas 3 hari di Mekah, kami bergerak ke Madinah. Dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, permandangan sekitar yang tenang dgn bukit bukau dan padang pasir seluas mata memandang. Satu dua tempat terdapat wadi dan ladang unta. Bila mengenangkan bagaimana Rasulullah (SAW) dengan sahabat baiknya Sayyidina Abu Bakar (ra) sekadar menunggang unta meredah padang pasir yang berbukit-bukau, selama 7 hari berturut2 (mengikut sumber yg dibaca, credit to 'Prophetic Timeline') dalam terik mentari dan dingin malam (mungkin ada ribut pasir jugak, ni saya tambah, but it could be so) semasa awal berhijrah secara senyap2 dari Mekah ke Madinah setelah ada pakatan dari kaum Quraisyh Mekah untuk membunuh baginda. Whereas, nowadays people travel via staright hiway and as ourselves, we travelled in air conditioned vehicle just within few hours (roughly 5hrs) to reach Medina. 

Alhamdulillah, selamat sampai Madinah Al Munawwarah, bumi kaum Ansar yang menerima agama Tauhid, Allah swt dan banyak mendokong perjuangan Rasulullah, disamping menerima dan banyak membantu kaum muslimin muhajirin dari Mekah. Check-in di salah satu hotel antara banyak hotel2 sekitar masjid Nabawi. Kali ni, saya berulang alik ke ke masjid bersendirian sahaja, tidak seperti waktu haji ada kawan perempuan (Fuza) bersama2 dengan dia sentiasa. Bila masuk area Raudhah, banyak bertawakkal sahaja sbb orang ramai yang sesetengahnya agak aggressif. Saya menyelit2 sahaja dengan jemaah2 dari Turki, Arab dan Pakistan (kes malas nak menunggu, Kumpulan dari Asia selalu dilepaskan akhir-akhir), alhamdulillah dipermudahkanNya untuk solat didalam raudhah. Ada seorang wanita muda kebetulan berdoa didepan saya, lalu saya mengalihkan dia sedikit untuk berada ditepi dan solat. Dia seolah2 faham dan jadi 'guard' dari saya ditolak jemaah lain. Selesai solat dia melambai tangan bye2 utk pergi & saya ucapkan tq :) 


Semasa menunggu salah satu solat zohor, kebetulan sampai awal ke masjid, saya mengambil tempat di sebelah wanita pakistan dari Manchester. Selesai solat sunat dan baca Al-quran, kami sempat jugakla bertegur sapa. Dia yang menegur saya dulu (as usual, sbb saya jarang nak tegur orang yang belum dikenali) Seronok dengar seorang ibu yang bangga bercerita tentang anak2nya dan saya yakin dalam hati dia terdetik syukur. Dari seramai 5 org, yg duduk serata dunia termasuk Asia, i.e. Korea & indonesia. Sebelahnya diperkenalkan menantunya Sofea, a British convert married to her 2nd son, 'minah saleh' yang ayu bertudung litup. Nampakla dia mengajar menantunya sembahyang sunat, baca Quran. She's such a good mother in law. Selepas zohor, bila nak sembahyang sunat, terdengar menantunya bertanya, again? hehe... Sebelum berpisah sempatla dia (if not mistaken her name is Shumi, m bad with names) pesan to remember them in prayers. Insyallah, we are encouraged to pray for all muslims even for those are no longer with us in this world. Nampak kelibat mereka semasa masuk ke raudhah. Tidak terserempak pulak kakak2 dan makcik2 (emak kakak2 yg pergi bersama) dan orang2 Doha semasa di masjidil nabawi maupun di masjidilharam. Selain tempat besar, orang ramai, saya jenis jalan tak nampak orang... Bila jumpa semasa nak pergi ziarah bersama, barulah dengar cerita pengalaman mereka beribadat disana dan alhamdulillah mereka juga dipermudahkan semasa masuk ke raudhah. 

While in Madinah, kitaorg ambil kesempatan ke masjid Qubaa dan Bukit Uhud sebelum bertolak balik keesokan paginya dengan menempuh ribut pasir yg berpanjangan sebelum sampai ke Riyadh dan bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Doha. Pecah rekod tidak membeli belah apa-apa di Mekah dan Madinah kecuali membeli sebotol besar air zam zam untuk dibawa pulang dan sedikit makanan utk bekalan di dalam kereta. Harapan saya, suami & anak akan diberi hidayah, lebih berubah ke arah kebaikan dan disayangi Allah swt. Saya tak kisah jika manusia tak memperduli dan mengasihi kami asalkan tidak Allah swt. Semoga kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kelapangan dan diizinNya untuk kembali lagi dan dapat beribadat di Masjidilharam & Masjidilnabawi, insyallah.

Syukur, segalanya dipermudahkan Allah, arrived home safe and sound.

Masjidil Nabawi
Masjid Qubaa
Makam Syuhada Uhud.  
Bukit Rumat - dimana rasulullah secara strategik menempatkan pemanah muslim semasa perang Uhud melawan angkatan Mekah pimpinan Khalid Al Walid. Perang Uhud yg memberi banyak pengajaran kepada kaum muslimin Ansar & muhajirin.  Bapa saudara nabi, Hamzah yg digelar Singa Allah antara yg syahid, ditangan Wahshi yg tangkas dgn tombak yang telah diupah untuk membunuhnya.

Wah panjangnya my entry this time. Saya memang suka sejarah ter 'elaborate' lebih sikit! Kelemahan saya if ada fakta2 yg agak lari, sbb sy tulis laju2 apa yg sy faham & ingat dan 'flow' agak yg keluar dari otak ke jari yg menaip. That's why bahasa kali ni agak campur baur, english-bm. Hmm again, my bad.


0 comments: