Ringkasan dari ceramah yang disampaikan oleh yang berbahagia Dato' Dr. Fatma Azzahra.
Sebenarya, ceramah ni dah berlangsung 2 minggu lepas di mana beliau telah sudi meluangkan sedikit masa untuk bersama warga Doha di kesempatan beliau melawat keluarganya di sini. Alhamdulillah, banyak ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh berbahagia Dato', tak mungkin sama dengan yang ditulis, ceramah beliau seperti biasa sungguh 'lively' dan terkesan. (tapi manusia biasalah selalu alpa, kena sentiasa ingat mengingati..huhu)
Tapi inshaa Allah, walaupun serba kekurangan, saya cuba ringkaskan isi ceramah beliau untuk ingatan kepada diri sendiri supaya sentiasa muhasabah diri dan semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya juga, inshaa Allah.
Mukadimah yang berbahagia Dato' Fatma sebelum isi ceramah, beliau menekankan kepentingan dan kemuliaan orang yang mencari ilmu. Antara kelebihan orang yang berada dalam majlis ilmu selain ditulis pahala kebajikan, termasuklah:
- didoakan para malaikat
- dipermudahkan urusan oleh Allah SWT
- memperolehi sakinah, iaitu ketenangan hati
Muhasabah Diri
Perkara-perkara yang boleh melalaikan manusia selain hasutan syaitan adalah nafsu diri sendiri dan juga dunia. Penting bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah diri.
Dalam kehidupan seorang mukmin, perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT dan juga dengan manusia. (Hablum minallah dan hablum minannas) Perlu kedua-duanya sekali. Tiada makna jika hanya jaga hubungan dengan Allah dan berbuat jahat dengan manusia, ataupun baik dengan manusia tetapi meninggalkan suruhan Allah SWT. Kedua-duanya harus seiring.
Yang paling utama dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT
Menjaga Solat
Orang yang paling berjaya dalam hidup adalah orang yang solat dengan khusyuk. (solat yang berkualiti). Perkara pertama yang dihisab kelak adalah solat. Dalam solat setiap kali baca al-fatihah, kita memohon kepada Allah SWT, agar ditunjukkan jalan yang lurus.
Orang yang paling berjaya dalam hidup adalah orang yang solat dengan khusyuk. (solat yang berkualiti). Perkara pertama yang dihisab kelak adalah solat. Dalam solat setiap kali baca al-fatihah, kita memohon kepada Allah SWT, agar ditunjukkan jalan yang lurus.
Antara tips untuk solat yang khusyuk boleh amalkan:
- Jaga tertib dan memahami makna dalam solat
- Sebelum solat, ulang mohon jauhi dari syaitanirrajim dengan membaca surah An-Naas dan *ludah (simbol sahaja, bukan ludah beria2) sebelah kiri sebelum solat.
-Andaikan solat yang dilakukan itu adalah solat yang terakhir
*untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk kepada mana-mana artikel/ ceramah tentang bab khusyuk dalam solat.
Hormatkan Masa
Tidak lagha dan membuang masa dengan sia-sia. Bersahabatlah dengan Al-Quran, iaitu dengan mengamalkan membaca Al-Quran dan memahami maknanya setiap hari. (Ustazah sarankan sekurang-kurangnya 50 ayat)
Dalam menjaga hubungan sesama manusia. Jika nak disenaraikan memang banyak, antaranya:
- Menolong orang yang susah. Antaranya dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah.
- Jaga maruah diri, jauhi zina.
- Jaga amanah dan janji
- Kontrol diri masa marah. Hadith sohih- Nabi Muhammad SAW mengulangi 3x. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
- Mudah memaafkan sesama manusia
- Memberi salam sesama muslim walaupun dengan orang yang tidak dikenali
- Banyak senyum kerana senyum juga adalah sedekah
- Ziarah dan mendoakan orang sakit. Kena jaga adab ziarah, iaitu tidak boleh berlama-lama dan digalakkan memberi kata peransang dan bukannya menambah risau hati pesakit.
Ciri-ciri orang mukmin:
rujuk ayat Al-Quran surah Al Mu'minuun : ayat 1- 6
Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
Iaitu orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna
dan orang-orang yang menunaikan zakat
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau *budak yang mereka miliki (nota); maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
*nota: budak-budak belian yang didapati dalam peperangan dengan orang kafir, bukan budak belian di luar peperangan. Dan kebiaasan ini bukan suatu yang diwajibkan. Imam boleh melarang kebiasaan ini. (rujuk surah Annur: 24)
Amalan dan doa penenang hati
dari surah Al-Furqan:74
Dan orang-orang yang berkata:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
Semoga bermafaat, inshaa Allah.
0 comments:
Post a Comment