Kelainan yang agak ketara dari pemerhatian saya sepanjang perjalanan dari Doha ke Dubai dan seterusnya ke Abu Dhabi adalah terdapat banyaknya pokok-pokok merimbun di kebanyakan kawasan di Abu Dhabi berbanding antara ketiga-tiganya. Di negara yang bukan berpadang pasir, pemandangan kehijauan pokok itu sudah menjadi lumrah namun berlainan dengan negara2 belah sini yang bermuka bumi padang pasir.
Gambar2 kat bawah ni menunjukkan apa yang saya maksudkan. Kiri kanan tu penuh jer pokok2 merimbun yang jarang-jarang dapat dilihat di sekitar Dubai dan Doha kecuali di taman-taman (parks). Ini kerana tidak semua pokok mampu bertahan dengan 'harsh' weather di belah sini dan pokok-pokok yang ditanam itu memerlukan siraman air yang banyak secara konsisten untuk mengelak dari mati kekeringan terutamanya di musim panas.
Gambar2 kat bawah ni menunjukkan apa yang saya maksudkan. Kiri kanan tu penuh jer pokok2 merimbun yang jarang-jarang dapat dilihat di sekitar Dubai dan Doha kecuali di taman-taman (parks). Ini kerana tidak semua pokok mampu bertahan dengan 'harsh' weather di belah sini dan pokok-pokok yang ditanam itu memerlukan siraman air yang banyak secara konsisten untuk mengelak dari mati kekeringan terutamanya di musim panas.
Jika dibandingkan juga dengan Dubai, there are less sky scrappers in Abu Dhabi. Selain dari itu juga, agak kurang tempat-tempat 'happening' dan di sana lebih kepada kawasan pusat pentadbiran kerajaan dan kawasan perumahan. Kenapa saya sibuk membandingkan Abu Dhabi dan Dubai? Kerana kedua-dua bandar ini adalah antara tujuh bandar dalam United Arab of Emirates (UAE) di mana Abu Dhabi merupakan ibu negeri dan bandar kedua terbesar dalam UAE. Abu Dhabi juga penyumbang GDP utama walaupun Dubai lagi nampak gah. Menariknya jugak, Abu Dhabi di dalam bahasa Arab bermakna Bapa Rusa i.e. Father of Deer. Adakah banyak rusa di sana dolu2?? ;)
Gambar yang diambil dari Emirates Palace Hotel |
Perjalanan kami ke Abu Dhabi (AD) dari Dubai hanya memakan masa lebih kurang 1 jam. Di Abu Dhabi, kami menginap di salah satu hotel apartment yang sudah siap2 ditempah via booking.com. Di bawah ini, gambar2 hotel dan pemandangan dari hotel yang menggunakan apps collage, senang boleh letak banyak2 gambar sekali, jimat space sikit;)
Di sekitar bandar AD ni, sistem 'parking'nya sangat limited dan agak complicated. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja, kita dapat meletakkan kenderaan di tempat 'parking' based on 'color coding'. So tugas 'parking' selalunya diserahkan kepada hotel assistant yang lagi arif bab2 ni. Selalunya, 'parking spaces' depan hotel penuh dan seperti biasa, pihak hotel akan tolong parkingkan kereta untuk penginap2 di situ. Pernah perasan mileage yang digunakan untuk berlegar2 mencari tempat parking mencecah 20km..;p Hmmm memang susah nak mencari tempat 'parking'...
Pemandangan dari bilik hotel pada sudut dan masa berlainan - pagi, petang dan malam |
One bedroom hotel apartment in Abu Dhabi |
Jika ke Abu Dhabi tidak lengkap kalau tidak melawati Masjid Sheikh Zayed (Grand mosque). Kagum dan terpesona dengan seni arkitek, hiasan luaran dan dalamannya yang sungguh indah, 'detail' dan berseni. (Dolu2, pernah terfikir nak ambil jurusan architectural, skrg seorang yg mampu menghayati sahaja..;p) Semoga masjid ini mendapat limpahan keberkatan dari Allah SWT, mampu diimarahkan oleh penduduk sekeliling dan bukan hanya gah dan cantik pada pandangan manusia sahaja, ameen.
Abah & Akid in front of Masjidil Sheikh Zayed |
From another angle. Kelihatan kolam air yang sejuk mata memandang |
Hari berikutnya, kami dijemput makan tengahari di rumah kawan lama yang bekerja di Abu Dhabi. Kami mengambil kesempatan melawat mereka sekeluarga sambil mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar khabar dan cerita. Akid pula dapat bertemu kembali dengan kawan lama yang sudah dikenali sedari kecil.
Akid, Aniq & Qisha |
Agenda yang 'happening' untuk sesiapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat remaja ni, semestinyalah ke Ferrari World. Kasi can la budak cuti sekolah nak bergumbira dan kami tumpang sekaki ;))
Inilah Formula Rossa yg dikatakan sebagai 'The world fastest roller coaster' |
Sebelum bertolak pulang ke Doha, sempatlah meronda2 bandar Abu Dhabi, melawat Emirates hotel palace yang 'grand' ittew. Btw, takderlah boleh appreciate sangat because it is just a grand hotel for filthy rich people. Gambar boleh google sendiri hehee ;)
Di bawah ni gambar sunset, on the way back to Doha. Ma'a salama ;)