Monday 13 February 2012

Back then



Dulu-dulu, pintu pagar rumah hatta pintu rumah tak pernah berkunci (kecuali masa masuk tidur malam atau berpergian dari rumah melibatkan semua ahli rumah) apatah lagi berjeriji. Pagar ditutup dek risau kambing menjengah ke laman memakan tanaman tuan rumah. Jiran rapat bebas keluar masuk, ada masanya tolong henjutkan buaian jikalau terdengar bayi menangis sedangkan jirannya tak cukup tangan sedang membuat kerja rumah yang lain. 


Waktu petang, emak & kitaorang selalu pekena pisang goreng dan kopi di serambi rumah. (gambar di atas) Kadang2 tu, jiran sebelah pun 'join' sama. Ada jugak jiran2 rapat, termasuk 'buddy' mak yang kitaorang panggil Maksu Pisah (Fisah) yang selang beberapa rumah bila kebetulan lalu depan rumah, singgah juga. Bila singgah, anak2 dara sunti lah dikerah buat air. Bila sibuk2 nak pasang telinga apa yang dorang borak, mulalah diam-diam cubitan singgah kat peha, dibuat secara professional agar tak nampak di mata tetamu haha.. Maknanya "leave them alone";p.

Dulu-dulu orang banyak berjalan kaki jika hendak ke mana-mana, setakat kampung sebelah tu biasa sangat. Bila orang lalu lalang depan rumah kebetulan nampak ada emak / ayah di serambi, kalau tak singgah pun mereka menegur jugak, ringan mulut cerita nak ke mana, nak buat apa. Teringat 'best friend' arwah nenek dari kampung sebelah yang tak lepas dengan kebaya pendeknya sambil sirih di mulut kerap berjalan kaki datang melawat nenek dan bertukar cerita. Kitaorang panggil dia, Mak Ngah Yam. Kalau datang rumah nenek (sebelah rumah mak), bagi salam sambil terus masuk rumah sebab dah biasa lagipun pintu rumah tak pernah berkunci... Orang sekarang nak ke kedai yang jauhnya kurang dari 1km je pun pergi naik kereta atau bermotosikal, termasuklah yang menulis ni. Dan dek risau kurang berjalan kaki, terpaksalah pula beli 'treadmill' ;p

Masa zaman budak2, sebelah petang lepas mengaji Quran, kitaorang berterabur pergi main sampai lebam. Oh ya permainan yang selalu saya 'joined was not typical girlish ones such as playing with barbie dolls' atau main masak-masak tetapi main galah panjang, polis 'sentri', bola baling tin / selipar bersama anak2 lelaki jiran dan abang-abang. Kalau terkena balingan bola (kuat ok!), harus tahan sebab kalau cengeng, sah tak bagi main sama dah. Kadang2 berbasikal sampai ke kampung-kampung lain bermain dengan geng satu sekolah. Jauh tu pergi main... Orang Kelantan panggil 'Derrat' ;p Tapi harus balik awal, sejam sebelum maghrib. Kalau sampai lambat tu, kena rotan jugaklah dengan lidi. Esok ingat, lusa buat lagi... 

Why am writing this? Because I miss those moments where we had such a close, safe neighborhood. Rumah tak perlu berjeriji bagai dan rasanya tak pernah pulak dengar berita samun, culik dan rogol di kawasan kampung tu dulu. Jiran-jiran sering berkunjung, kanak-kanak bebas 'derrat' dan bermain. Berbezanya dulu dan sekarang... Ya lah dulu lain, sekarang lain tetapi kadang2 terfikir di mana silapnya. Semangat kejiranan sekarang seakan sudah tidak wujud. Semua orang terlalu 'sibuk' dan ingikan 'privacy'. Bukan mengata orang lain, tuan yang menulis ni pun sama. Kalau tak jemput, janggal untuk suka suki pergi rumah orang dan orang pun tak sesuka hati nak datang ke rumah kita. Bahkan kalau jemput pun, ada jugak yang terlalu sibuk untuk datang. Rumah dan pagar berkunci 24 jam sesetengahnya ber'alarm' dan ber'cctv'. Kanak-kanak bermain di dalam rumah atau dalam kawasan pagar rumah sahaja dan paling-paling bermain basikal sekitar kawasan rumah ataupun ke taman permainan (playground) sambil-sambil diawasi orang dewasa. Kebelakangan ni macam2 kes berlaku, bukan sahaja dalam masyarakat bandar, tetapi di kampung juga...  'Bebas' dan santai macam dulu-dulu hanyalah kenangan...

Well, it was back then...


0 comments: