Wednesday 11 December 2013

Beijing - Part 2

Lamanya gap untuk update Part 2 hihu..

Melancong ke Beijing tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Tembok Besar China, tembok yang  terpanjang dan tersenarai antara salah satu dari tujuh keajaiban di dunia. 

Pada hari kedua di Beijing, kami ke tembok besar China menerusi Juyong pass. One word to describe my feeling - amazing! However, unexpectedly the remark from my husband - this is the result of previous people did out of fear. Well, that's the fact too..


Kami disambut dengan pemandangan bukit bukau yg sungguh mendamaikan setibanya kami di Juyong pass great wall. Alhamdulillah, cuaca tidak panas, udara sungguh segar dengan angin sepoi2 bahasa, sungguh tenang. Yang kurang menariknya, dengan cuaca mendung maka gambar yg diambil pun ala-ala 'redup' jugak...



Pemandangan dari Juyong pass great wall

Bila melihat akan bukit bukau di bawah, tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya untuk mereka yang terlibat pada zaman dahulu kala membina tembok tebal sepanjang bukit bukau yang tinggi, curam, berliku-liku dan di tengah-tengah hutan belantara. Wow, gigihnya mereka...

Pemandangan dari atas..

Semakin ke atas, tangga semakin curam dan kecil..



Gambar (zoom in) untuk merakam ketika keretapi melalui pinggiran bukit di bawah sana..



Random pictures @ China great wall


Semput jugaklah mendaki walaupun takderlah tinggi mana pun yang sempat kami naik... 

Selepas makan tengahari kami dibawa ke kedai menjual ubat. Sekadar mendengar serba ringkas penerangan tanpa membeli apa-apa. Oh ya, kalau ambil pakej memang akan dibawa ke kedai-kedai 'kerajaan' yang menjual pelbagai produk tempatan seperti sutera, jed, kristal, mutiara, teh china, ubat herba china, dan sebagainya.. hmmm agak jenuh jugak. Secara peribadi, saya rasa lagi menarik sekiranya boleh 'skip' saja semua itu. Namun mungkin ada jugak pelancong yang suka membeli belah. Ada jugak yang kami beli, antaranya sebab memang kami perlukan ataupun yang kami berkenan, ada yang malas nak dengar panjang2 dan kebanyakannya kami tak beli apa-apa pun...

~Summer Palace~

Pada hari yang sama di sebelah petangnya, kami ke Summer Palace. Juga dikenali sebagai 'The museum of Royal gardens', merupakan taman diraja terpelihara yang terbesar di China. Mula dibina pada tahun 1750 sebagai taman khas untuk Maharaja dan kaum kerabat untuk berehat dan berhibur dan kemudiannya dijadikan tempat tinggal keluarga diraja pada penhujung Qing Dynasty.

Summer Palace ditunjangi oleh tasik Kunming dan 'longevity hill', di mana 3/4 dari kawasannya adalah tasik. Tasik kunming adalah tasik buatan manusia di mana tanah yang dikorek ditambun dijadikan 'longecity hill'. Selain dua unsur penting tasik dan bukit, di dalamnya dibina istana2, taman2, 'pavilion', kuil dan pelbagai bangunan dan dewan yang bercirikan rekabentuk klasik China.

 'Tower of Buddhist Incense' yang terletak di puncak 'Longevity Hill' di Summer Palace.


Menaiki bot naga untuk ke seberang tasik..



Summer Palace taken from across the man-made lake

Seventeen-arch bridge, pix taken from the boat







Studio of serene beauty

Rekabentuk lama di Studio of Serene beauty

Cuaca pada sepanjang harinya redup, sungguh selesa untuk bersiar-siar di sepanjang tasik dan taman, namun selepas separuh hari di Tembok Besar China', sudah agak penat untuk berjalan jauh. Banyak masa dihabiskan di atas bot menikmati pemandangan sekitar Istana percutian diraja yang telah dibina lebih dua abad yang lalu... 

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Lathi said...

Cantiknya pemandangan... harap boleh pergi satu hari...