Alhamdulillah, Syawal tahun ini bukan sahaja sempat diluangkan bersama keluarga dan saudara mara malah dengan kawan-kawan sekolah lama yang sudah lama tidak berjumpa dan juga melawat satu keluarga yang kurang bernasib baik, yang merupakan ibu kepada pelajar sekolah kakak ipar.
Gambar-gambar sekitar Syawal..
Gambar dari atas pesawat sebelum mendarat di Pengkalan Chepa. Suka tengok awan tebal yang bergunung ganang... ;)
Gambar dari atas pesawat sebelum mendarat di Pengkalan Chepa. Suka tengok awan tebal yang bergunung ganang... ;)
Meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara di Kota Bharu...
'Mini reunion' dengan kawan-kawan sekolah di KB dan KL :)
Ibu tunggal malang tersebut mempunyai anak-anak sekitar 4 - 22 tahun. Hanya seorang daripada anak-anaknya, iaitu anak kedua yg bekerja kilang, merupakan tulang belakang kepada keluarga tersebut. Anak sulung terpaksa berhenti kerja menguruskan ibu yg sakit dan adik2 yang masih bersekolah. Anak ketiga, perempuan berumur 17 tahun bakal menduduki SPM tahun ini. Rumah yang diduduki adalah rumah sewa satu bilik (yang dibuat sendiri dengan merentang kain) dengan keadaan yang sungguh dhaif dan menyedihkan. Atap dan dinding rumah pula sudah berlubang-lubang. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan mereka di rumah tatkala hujan lebat. Sumbangan dari jabatan kebajikan masyarakat terlalu kecil, masih tidak mencukupi walaupun untuk menanggung perbelanjaan asas, keperluan dapur dan sekolah.
Kepada sesiapa yang sudi membantu, bolehlah menyumbang untuk keluarga ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga tersebut.
Agrobank 2-00-6631-00025
Rohana Ishak
Pemandangan sawah padi di daerah Bachok, dalam perjalanan dari rumah ibu tunggal tersebut.
Masjid Beris Panchor, 200m dari rumah sewa mereka...
0 comments:
Post a Comment