Smlm baru sampai rumah dari kampung. Kitaorg balik kekampung sabtu lalu (31 May) sempena adik bongsu kawen (1 Jun). Lega mak & ayah gue agaknya bila si bongsu ni mengakhiri zaman bujangnya di usia 25 taun, samalah cam kitaorg lebih krg 10 taun dolu... hmmm dah sedekad rupernyer gue & suami tercinta kawen... Jadi, kesemua adik beradik gue sudah berpasang-pasangan, bkn takat berpasangan, kesemua kecuali yg bongsu ni dah beranak pinak. Dah tua rupa2nya huhuhu...
Penat berkenduri kendara ni, tambah2 4 hari berturut2 majlis kawen dan menyambut menantu adik & sepupu berselang seli. Dari 31hb Mei, 1/2/3 Jun berturut2 kitaorg 'belarak'. Ini term klate, maksudnya menghadiri majlis lah... dari perkataan berarak agaknya hehehe... Bila sebelah lelaki, majlisnya disebut sbg menyambut menantu...
Terlupa bawa balik kamera. So, gambar2 gua snap menggunakan hp gua yg tak canggih tu... That's why in-door pics tu mcm kelabu asap saja... hehehe...
Majlis menyambut menantu
Tiga generasi
Nisa', cam control ayu jer...
Dalam kesibukan 'belarak', Nik Mad boleh plak lena... zzz
Selesai akad nikah
Majlis menyambut menantu di sebelah sepupu. Ni jer gambar yg sempat diambil dgn hp, bila 'dayang'2 tu hampir,
gua ala2 terpaksa sambut salah satu dulang yg dibawa dek dayang2 tu...