Sunday, 20 November 2011

20.11.2011: Happy Birthday, Mak!




to my beloved Mak :)


Mak and Daughters on Eidulfitri 2011


20.11.2011 adalah hari ulangtahun kelahiran Mak yg ke 64. Sehingga hari ni, telah mempunyai 14 org cucu daripada 6 anak, 3 lelaki dan 3 perempuan. Pesara cikgu Bahasa Inggeris di sekolah kampung kelahirannya. Mempunyai suami yang beriman dan bertanggungjawab. Mak seorang yang penyayang, pemurah, rajin membaca Al-Quran dan melakukan amalan2 sunat. Agak suka berleter... Biasalah mak-mak, kalau tak berleter kepada anak-anak, kepada siapa lagi. Sekarang bila anak2 tinggal berjauhan, berleter dengan suami pulak;p Seorang yang agak tegas. Semasa remaja dahulu, anak2 perempuan tidak dibenarkan ada 'boyfren' selagi mereka tak habis belajar. Bila dah habis belajar dia 'expect' anak2 perempuan akan cepat2 kawen, camna tu? Bila agak lambat ada calon suami, mak lah orang yang paling gabra, berleter konon anak dia memilih sangat, mahal senyum, masam, garang sangat...hahaha! Hmmm, whatever it is, I will always love you, Mak. You have a special place in my heart...  Bagaimanapun, berkat doa mak, alhamdulillah anak-anak bertemu jodoh dengan orang baik-baik :)

Semoga Allah yang membalas segala jasa dan pengorbanan Mak untuk anak2, sedari lahir sampai lah dah beranak pinak, tak terbalas dan tak terungkap dek kata-kata. Dah jadi emak dan bapak orang pun, Mak masih mengambil berat akan anak-anak yang perlukan pertolongannya, jadi 'banker', jaga anak dalam pantang, jaga cucu dan selalu mendoakan yang terbaik untuk anak2... 

Kak sentiasa doakan agar Mak dipanjangkan usia,  diberkatiNYA dan dilindungiNYA selalu, dikurnia kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, ditabahkan hati dan diberi petunjuk atas ujian dunia, diberi ketenangan & kebahagiaan hidup di dunia & akhirat dan ditempatkan di JannahNYA kelak, ameen. 


2 comments:

Ghaz said...

I think part leteran yang mahal senyum, masam dan garang is meant for you hahahahahhaaaa

Pinnon said...

hmmm haha